Sunday, January 27, 2013

PENAMPILAN DIRI Yang BAGUS

Senyuman


Cara mudah supaya orang tertarik dan suka melihat kita ialah tidak lain dan tidak bukan,SENYUMLAH. Senyum memberikan daya tarikan yang cukup hebat. Senyum mampu menawan setiap hati yang memandang.Biasanya apabila kita senyum pada orang, orang akan senyum kembali kepada kita. Seseorang akan rasa dihargai apabila kita senyum kepadanya, sekaligus akan memberikan tanggapan baik pada kita. William Shakespeare mengatakan: Apa yang anda mahukan akan lebih mudah dengan senyuman daripada menentang dengan pedang. Pujangga menyebut: Senyuman itu kelopak.Tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya. Jadi senyumlah selalu..ukirlah senyuman yang paling manis..=)

PENAMPILAN DIRI YANG POSITIF


Beberapa perkara yang perlu dititikberatkan dalam penampilan diri ialah

  • Potongan rambut: Potongan rambut yang bersesuai dengan sesuatu situasi, kemas dan menarik. Bagim lelaki digakkan berambut pendek dan tersisir rapi.
  • Pilihan warna dan corak : Pilihan warna yang sesuai pada tempat dan masa. Selain itu, pilihan warna juga tidak boleh melebihi empat warna dalam satu masa.
  • Jenis pakaian : sentiasa dalam keadaan rapi dan digosok.
  • Aksesori : jam tangan dan rantai (bagi wanita) serta minyak wangi.
  • Jenama : bukan perkara utama yang penting kemas dan bersih.
  • Gaya : cara berjalan, bercakap ketawa dan mimik muka seseorang yang mengambarkan perilakunya.
  • Senyum : Rahsia penampilan diri ialah senyuman yamg terukir. Penampilan diri melambangkan keperibadian seseorang.

Cara Menjaga Kebersihan Diri



Cara rawatan rambut dan kepala
Bersihkan rambut dengan shampo secara rutin (minima 2 kali seminggu)
Potong dan sisir rambut agar terlihat rapi.


Cara menjaga kebersihan muka dan mata.
Cuci muka minimal 3 kali sehari
Bersihkan kawasan mata dari arah luar ke dalam (bersihkan kotoran mata yang terdapat pada sudut kelopak mata)
Cara menjaga kebersihan telinga dan hidung
Bersihkan hidung dan telinga secara rutin ( 1- 2 minggu sekali) lakukan dengan hati-hati menggunakan alat yang bersih.


Cara menjaga kebersihan gigi dan mulut
Gosok gigi setiap selesai makan dan sebelum tidur dengan cara yang betul.
Elakkan daripada makanan atau minuman yang terlalu panas atau terlalu sejuk.
Elakkan makanan yang masam terlalu kerap.
Banyak mengambil makanan yang bergizi.
Berjumpa doktor gigi secara rutin.


Cara menjaga kebersihan badan
Mandi menggunakan sabun mandi secara rutin minima 2 kali sehari.
Gunakan pakaian yang bersih dan kemas.


Cara menjaga kebersihan tangan dan kaki
Bersihkan tangan dan kaki sehari minima 2 kali sehari atau apabila kotor.
Potong kuku 1 kali seminggu. (gunakan pemotong kuku dan setelah dipotong hujung kuku dihaluskan atau dikikir)
Gunakan kasut atau alas kaki yang lembut dan selesa. 

Bagaimana Cara dan Adab Berjalan yang Baik dan Betul? 


BERJALAN, Anda telah melakukannya sepanjang hidup Anda. Tetapi, sudahkah Anda melakukannya dengan benar? Berjalan mempunyai banyak faedahnya dari segi meningkatkan postur tubuh secara keseluruhan sehingga melatih otot untuk menguatkan pergelangan kaki tetapi semuanya memerlukan proses berjalan yang betul.
Menurut Lucinda Everett iaitu Ketua Divisi Pediatrik Anestesi Harvard Medical School, Inggris, mengungkapkan fakta bahawa seseorang yang berjalan lebih dari 1.5 mil per hari dan wanita yang berjalan empat jam seminggu memiliki 35% pengurangan risiko penyakit jantung.
Dalam sebuah hadis dari Anas bin Malik pula dikisahkan Rasulullah SAW telah memberi contoh berjalan yang baik. "Sesungguhnya Rasulullah SAW berjalan dengan tegar." (HR Muslim). Ketika berjalan, Nabi Muhammad SAW mengangkat kedua kakinya setinggi-tinggi iaitu berjalan bertumpu pada pangkal telapak kakinya kerana beliau berjalan dengan tegap, tidak seperti orang sakit atau perempuan.

ü Berjalan dengan normal
Ibnu Katsir menjelaskan, bahawa berjalan normal adalah berjalan secara biasa iaitu tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat. "Pertengahan di antara keduanya."
ü Tidak menoleh ke belakang
Dalam Shahiihul Jaami dikisahkan bahwa Nabi Muhammad SAW apabila berjalan, baginda tidak menoleh ke belakang kerana menoleh ke belakang ketika berjalan dapat membuat seseorang jatuh, tergelincir serta akan dicurigai oleh orang yang melihatnya.
ü Tidak berpura-pura lemah ketika berjalan
Berpura-pura lemah ketika berjalan dengan maksud untuk dilihat oleh orang lain dilarang dalam Islam. Selain itu, juga tidak boleh berpura-pura sakit ketika berjalan, kerana dapat mengundang kemarahan Allah SWT.
ü Berjalan dengan kuat
Setiap Muslim harus berjalan dengan tegap seperti yang dicontohkan oleh Nabi SAW. Menurut Syekh Sayyid Nada, cara berjalan seperti Rasulullah SAW lebih dekat kepada roh Islam. "Mukmin yang kuat lebih dicintai Allah SWT, dibandingkan mukmin yang lemah," katanya. 

First Post

Untaian Bicara

Di Sini.. Diriku

duduk aku di sini,
mengenang masa silam,
yang hadirnya tiada dijemput,
membawa seribu satu makna dan warna,
indah tiada terkata,
perit tiada terhingga,
segalanya membina diri ini.

apa yang dirasa,
amat berbeza,
walau diungkap seluruh bicara,
digambar puluhan cereka,
namun,
cerita yang sebenarnya,
hanyalah diri ini yang tahu,
kerna,
dia sekeping hati kecil ini yang membawa diri ini,
menuju jalan perjuangan,
demi membentuk diri ini.

tabah sabar dan seluruh dunia berkata,
akulah orangnya,
adakah mereka tahu,
siapakah diri ini sebenarnya,
adakah mereka pasti diri ini tiada berpura,
bakalkah diri ini menggegar dunia,
itu semua hadir dalam satu cebisan,
secebis hati yang cekal dan mapan,
dalam membangkit diri ini.




Lirik Puisi
First Post

Sunday, December 23, 2012

BINGKISAN MENGUNTAI TITIAN KASIH DAN SAYANG

Kalau nak menguntai kisah hidup insan di dunia ni.. takkan habis nye.. penuh misteri yang dilestarikan dalam diri  yang suka bersendiri.. bak kate org putih "sky only the limit"..

Dalam hal yang begini rupa.. post terulung aku barangkali.. aku nak berceritera tntg jalinan aku dgn seseorg manusia yang bagi ak sunguh ISTIMEWA.. gerangan yang ditakdirkan tidaklah menjadi pujaan para bintang di luar sana.. manalah tahu.. barangkli GERANGAN yang dikenali aku ini bakal menjadikan dunia ini mengalami suatu PERUBAHAN yang FANTASTIK.. bukan DRASTIK..

Mmg betul lah apa org tua2 kata.. TAK KENAL MAKA TAK CINTA.. KALAU TAK CINTA BAGAIMANA NAK KASIH.. kata2 ini mnjadi titik permulaan peNGENALan aku dan dia.. gaya ayat aku ni ayat-ayat cinta plak.. mane ade lh.. aku sbnrnye nak berkisah perihal kawan aku.. org nye mmg BAIK, PERAMAH,PRIHATIN dan DIBERI PERHATIAN.. pada hakikat dan hakiki nye mmg aku x sangka akn berkawan dengan die.. tp qada' dan qadar yang tentukan.. x kn lh nk lwan.. sdgkn SETEGUH-TEGUH POKOK JATI PUN BOLEH REBAH DIHEMBUS BAYU.. inikan pula HATI manusia yang sering bermusim kehendaknya.. dalam mengenali dia ak bnyk blajr sesuatu yang tidak terharga nilainya di sisi resam manusia biasa seprti aku.. antara nya ialah:
  • hakikat manusia zaman fana' ini mengaggap kawan tu mcm drama.. nk tngok yg best2 jer.. kalu taraf 2 bintg, dikutuknya pelakon2 di dlmnye smpi kalu bole nk dicmpkkn remote tu ke arah tv flat screen tu..
  • seek to understand to be understood,, kalu xpham terjemah satu2..
  • hidup ni kita cme akn menjumpai skeping hati yang btol2 nak bdamping dngn kita.. cme scare sedar atau tidak sdar..
  • senyum tawa dan sendu sedan dalam khidupan akn lbih indah andai dikongsikan brsama..
  • jagalah hati kawan kita yg btol2 ikhlas jalinkan hubungan dngnn kita hny kerana ALLAH.. krana tujuan dia tak lain tak bukn nk bawa kita brsama2 mnapak di SYURGA ILAHI..                                                                                                                                                                                                                                                                                                     
                                                       kalau aku punye mcm ni.., kalian ??

                                      






First Post